50 mualaf menyemarakkan program solat maghrib di Masjid Al-Qadree

PULAU PINANG – Sebanyak 50 mualaf menyemarakkan program ‘Solat Maghrib Beramai-ramai Dalam Kalangan Mualaf’  di Masjid Jamek Al-Qadree, Ayer Itam di sini.

Program bulanan  yang mengumpulkan kalangan mualaf dari negeri ini merupakan kali kedua dan akan diteruskan dari satu masjid ke masjid yang lain.

Dalam program di Masjid Al-Qadree itu, kalangan mualaf tersebut telah disambut dan diraikan oleh  Pengerusi Jawatankuasa Kariah masjid berkenaan, Zainudin Mat.

Zainudin Mat (berdiri, berjubah hitam) ketika meraikan kalangan mualaf di Masjid Jamek Al-Qadree, Ayer Itam, Pulau Pinang.

Program tersebut merupakan insiatif Persatuan Infaq Kebajikan Umah Takaful Pulau Pinang (IKUT) dan turut dihadiri penaung persatuan, Zolkifly Md. Lazim.

Di samping itu, program tersebut turut melibatkan seorang lagi saudara baharu, Boi Beng Tiong, 51,  yang mengucapkan  dua kalimah syahadah dengan dipimpin oleh Zolkifly.

Zolkifly ketika ditemui memberitahu, IKUT akan mengadakan program yang sama setiap bulan dari satu masjid ke masjid lain sekitar Pulau Pinang.

“Tujuannya agar kalangan mualaf ini dapat mengenali penduduk setempat selain menambah ilmu mengenai Islam.

“Ia juga bagi merapatkan silaturahim sesama Islam dan mengelak timbul salah faham terhadap  golongan mualaf,” katanya sambil berharap setiap kariah masjid akan memberi sokongan kepadan golongan mualaf berkenaan.

Sementara itu, Beng Tiong memberitahu, hasratnya memeluk Islam setelah mendapati tiada sesiapa lagi dalam hidupnya.

Boi Beng Tiong (kiri) melafazkan syahadah yang dipimpin oleh Zolkifly Md. Lazim.

“Saya pernah berumah tangga tapi telah berpisah selepas anak lelaki kami berusia enam tahun meninggal dunia akibat kanser.

“Kami berpisah 20 tahun lalu dan sejak itu tiada sesiapa lagi dalam hidup saya. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk mencari kehidupan yang tenang.

“Sebaik sahaja melafazkan syahadah, saya kini merasa lebih tenang,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles