Program Fakulti Pergigian UM bersama MFD menarik penyertaan 250 orang pekak

KUALA LUMPUR – Penjagaan kesihatan termasuk gigi amat penting dan ini juga tidak terkecuali kepada golongan orang istimewa seperti komuniti pekak.

Sehubungan itu, bagi berkongsi penjagaan kesihatan gigi, Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM) telah menggerakkan kalangan doktornya termasuk mereka yang sedang menjalani latihan doktor pakar untuk mendekati komuniti pekak.

Doktor pergigian dari Fakulti Pergigian UM melakukan pemeriksaan gigi terhadap seorang peserta pekak di klinik bergerak.

Hasil dari cetusan idea tersebut dan bagi berkongsi ilmu selain memberi pengetahuan mengenai kesihatan gigi, fakulti berkenaan telah memilih Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) untuk berkolaborasi mengadakan program yang sesuai.

Di Balai Ungku Aziz UM baru-baru ini program Inclusivity Carnival 2.0 telah diadakan dengan penyertaan lebih 250 orang pekak.

Mohamad Sazali Shaari (kiri) yang hadiri pada program menerima buah tangan daripada pihak penganjur.

Dengan tema ‘Where Smiles Connect’, program itu bertujuan meningkatkan literasi kesihatan pergigian serta memupuk amalan penjagaan mulut.

Program sehari suntuk itu dirasmikan oleh Dekan Fakulti Pergigian UM, Prof. Dr. Firdaus Hariri.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UM, Prof. Dr. Zamri Radzi dan Timbalan Dekan Fakulti (Hal Ehwal Pelajar), Assoc. Prof. Dr. Kathreena Kadir.

Juga hadir, Penyelaras kursus, Prof. Dr. Jacob John dan Pengarah projek, Dr. Muhammad Khairil Husny Izhar.

Pada program itu memperlihatkan Fakulti Pergigian UM telah menyediakan klinik bergerak bagi membolehkan orang pekak melakukan pemeriksaan gigi secara percuma.

Sebelum itu, program dimulakan dengan senaman pound yang menggabungkan kardio dan latihan kekuatan menggunakan kayu drum. Senaman ini disertai oleh kalangan orang pekak serta doktor-doktor pergigian.

Pada program tersebut, kanak-kanak pekak Tadika Istika Jaya di bawah naungan MFD telah membuka tirai program dengan nyanyian lagu Negaraku menggunakan bahasa isyarat.

Turut diadakan ialah pertandingan mewarna selain interaksi antara doktor-doktor pergigian dengan komuiti pekak dengan MFD memperkenalkan bahasa isyarat.

Dr. Firdaus dalam ucapannya berkata, dari segi impak kepada komuniti pekak, program ini menyumbang kepada pengurangan jurang akses kepada penjagaan kesihatan pergigian serta mengukuhkan  kesedaran mengenai kepentingan komunikasi inklusif dalam sektor kesihatan.

Selain MFD, program berkenaan turut memperlihatkan jualan booth oleh komuniti pekak dari beberapa persatuan lain.

Sementara itu, Mohamad Sazali berkata, MFD berbangga kerana pendedahan mengenai kesihatan gigi dapat dimanfaatkan oleh komuniti pekak secara lebih meluas.

Menurutnya,  program itu secara langsung merapatkan hubungan antara komuniti pekak dengan pengamal-pengamal kesihatan.

Peserta termasuk komuniti pekak bergambar beramai-ramai selepas senaman ‘pound’ di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles