Belajar berpuasa Ramadan sejak tiga tahun lalu, akhirnya mengambil keputusan peluk Islam

GEORGE TOWN – Sejak tiga tahun lalu, Tang  Wei Sheng belajar puasa Ramadan bagi mengenali  lebih dekat mengenai agama Islam.

Pemuda berusia 31 tahun itu memberitahu, setiap kali tiba Ramadan, jiwanya menjadi tenang dengan berpuasa dan akhirnya mengambil keputusan  untuk bersyahadah.

“Memang ketika mula-mula berpuasa Ramadan, badan rasa letih tapi taklah sampai tidak boleh bekerja.

“Tetapi selepas seminggu berpuasa, saya rasa tidak ada masalah. Urusan harian bekerja berjalan seperti  biasa.

“Malah pada Ramadan tahun lalu, saya tertinggal satu hari sahaja yang tidak dapat berpuasa kerana demam.

TANG WEI SHENG

“Dari puasa Ramadan inilah, saya ambil keputusan untuk peluk Islam hari ini,’’ katanya yang bekerja di sebuah kedai kain yang diusahakan oleh ahli keluarganya.

Wei Sheng melafazkan dua kalimah syahadah dihadapan sebuah restoran yang dipimpin oleh Penaung Persatuan Infaq Kebajikan Umah Takaful Pulau Pinang (IKUT), Zolkifly Md. Lazim.

IKUT merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang membantu golongan mualaf di negeri ini.

Sebaik sahaja bersyahadah di bawah program Di Ambang Ramadan anjuran IKUT,  Wei Sheng terus dibawa menunaikan solat zuhur berjemaah di Masjid Titi Papan di sini.

TANG WEI SHENG (kiri) bersama Zolkifly Md. Lazim berdoa selepas menunaikan solat zuhur di Masjid Titi Papan, George Town, Pulau Pinang.

Zolkifly turut memberi tunjuk ajar kepada Wei Sheng mengenai cara-cara mengambil  wuduk.

Menjawab pertanyaan, Wei Sheng berkata, ibu bapa, kakak dan abangnya tidak menghalangnya untuk peluk Islam.

Jelas beliau,  hanya ibunya yang risau kerana khuatir hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu terputus.

“Saya akan sedaya upaya membuktikan dan menyakinkan ibu bahawa walaupun saya telah peluk Islam, namun hubungan kekeluargaan tidak akan terputus.

“Malah saya akan terus tinggal bersama ibu dan ahli keluarga lain demi untuk menjaga ibu sampai bila-bila,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles