Sambutan 2025: Tiga individu bersyahadah, jadikan tahun  mengenali Islam

GEORGE TOWN – Sambutan tahun baharu 2025 agak berbeza bagi tiga individu apabila mereka meraikannya dengan mengucap dua kalimah syahadah dan mahu menjadikan ia sebagai tahun mendalami dan mengenali Islam.

Bagi mereka,  dengan usia yang agak lanjut,  sudah tiba masanya untuk mengenali Islam kerana yakin jalan yang dipilih adalah tepat.

Lee Guat Sim, 68, memberitahu, dia bersyahadah secara sukarela setelah memikirkan secara mendalam mengenai kehidupan masa depan yang bakal ditempuhi.

Menurutnya, arwah adik perempuannya adalah seorang Islam dan kehidupannya begitu tenang sebelum adiknya itu meninggal dunia pada tahun 2021.

“Adik perempuan saya sudah lama peluk Islam dan saya lihat kehidupannya begitu tenang.

“Semasa tinggal dengan adik saya, dia begitu menjaga dan menghormati saya,” katanya yang bersyahadah di Masjid Jamek Haji Wahab Simpang Enam di sini.

Tiga individu berkenaan bersyahadah yang dipimpin oleh  Penaung Persatuan Infaq Kebajikan Umah Takaful Pulau Pinang (IKUT), Zolkifly Md. Lazim.

Bagi Ong Poh Choo, 80, dia sudah lama tercari-cari mengenai erti kehidupan di dunia ini.

Ong Poh Choo (tengah) ketika mengucap dua kalimah syahadah.

Menurutnya, sejak beberapa tahun kebelakang ini dia sering bertanyakan mengenai Islam kepada kawan-kawan yang dikenali.

“Akhirnya saya buat keputusan untuk peluk Islam dan mahu jadikan 2025 sebagai tahun mendalami dan mengenali Islam,” katanya.

Sementera itu, Cheah Sing Seang, 63, pula memilih Islam apabila kehidupan abangnya serta isteri yang telah beberapa tahun peluk Islam.

Cheah Sin Seang (kanan) mengucapkan dua kalimah syahadah yang dipimpin oleh Zolkifly Md. Lazim.

“Abang saya dan isteri serta dua anak mereka berusia 16 dan 20 tahun telah sekian  lama peluk Islam.

“Hidup mereka sekeluarga begitu harmoni dan sering menghormati orang lain walaupun bukan dari agama Islam,” katanya.

Sementara itu, Zolkifly memberitahu, tiga berkenaan peluk Islam di bawah program Komtar Bersyahadah.

Jelasnya,  bagi tahun 2025, IKUT merancang mengadakan program solat zuhur dari masjid ke masjid di seluruh negeri Pulau Pinang.

Beliau berkata,  solat zuhur itu akan mengumpulkan seberapa ramai mualaf agar sama-sama berjemaah dengan kariah setempat.

Sebahagian daripada golongan mualaf bersama-sama menunaikan solat zuhur berjemaah di Masjid Jamek Haji Wahab Simpang Enam, George Town.

“Kita merancang mengadakan program solat zuhur berjemaah ini setiap minggu dan bulan agar golongan mualaf ini dapat berinteraksi dengan kariah setempat.

“Ini sebagai langkah bagi membolehkan golongan mualaf mengenali lebih dekat mengenai Islam,” katanya.

Menjawab pertanyaan, beliau berkata, sejak 15 tahun lalu, IKUT berjaya memimpin lebih 5,000 individu memeluk Islam.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles