Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) bantu kumpulan pelajar Universiti Malaya kuasai bahasa isyarat

KUALA LUMPUR –  Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) kini memperluaskan lagi usahanya untuk memberi didikan dan kemahiran berkaitan bahasa isyarat kepada masyarakat umum termasuk pelajar-pelajar universiti.

Yang terbaharu, MFD telah mengambil inisiatif mengajar bahasa isyarat kepada 37 pelajar Universiti Malaya bertempat di Fakulti Undang-undang di universiti tersebut.

Kelas selama tiga jam itu sebagai pengenalan asas kepada kemahiran bahasa isyarat yang melibatkan para pelajar jurusan undang-undang, sains sosial, pendidikan dan beberapa jurusan lain.

Sebahagian pelajar Universiti Malaya tekun mengikuti kelas bahasa isyarat yang dikendalikan oleh petugas Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di Kuala Lumpur.

Penganjuran kelas bahasa isyarat itu merupakan usaha sekumpulan pelajar yang mengelar diri mereka sebagai ‘Sign Um Up’.

Difahamkan, kemahiran bahasa isyarat itu menjadi keperluan para pelajar berkenaan yang bakal terlibat dalam bidang undang-undang dan juga sebagai persediaan melangkahkan kaki ke alam pekerja seperti di mahkamah, firma guaman dan sebagainya.

Seorang pelajar (berdiri, kanan) bertanyakan soalan menggunakan bahasa isyarat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Di samping itu, kelas bahasa isyarat itu juga terkandung dalam subjek pembelajaran para pelajar berkenaan dan dipersembahkan melalui program dan aktiviti mereka.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles