Ronaldo sertai Al Nassr, anggaran gaji RM943 juta setahun

CRISTIANO Ronaldo menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr dengan kontrak sehingga 2025.

Kapten Portugal itu merupakan ejen bebas selepas kontraknya bersama Manchester United ditamatkan bulan lalu dan dijangka menerima gaji £177 juta (RM943 juta) setahun apabila menyertai Al Nassr.

“Saya bertuah kerana telah memenangi segala-galanya yang diimpikan untuk menang dalam bola sepak Eropah dan merasakan sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk berkongsi pengalaman di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Al Nassr dalam satu kenyataan menyifatkan pemeteraian itu sebagai satu sejarah dalam pembikinan.

“Perjanjian ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada kelab untuk mencapai kejayaan lebih besar, tetapi turut mencetus inspirasi kepada liga dan generasi akan datang. Selamat datang @Cristiano ke rumah baharu anda,” katanya.

Al Nassr yang sebelum ini muncul juara sebanyak sembilan kali Liga Arab Saudi berharap kehadiran Ronaldo dapat membantu mereka menguasai saingan domestik selain memburu impian untuk merangkul kejuaraan pada saingan Liga Juara-Juara Asia.

Bagaimanapun, Ronaldo terlepas dua perlawanan awal bersama kelab baharunya itu ekoran digantung dua perlawanan kerana tindakannya memecahkan telefon seorang peminat ketika United menentang Everton pada April lalu.

Ronaldo sebelum ini kehilangan kontraknya di Old Trafford apabila United membuat keputusan memecatnya ekoran temubual kontroversi bersama Piers Morgan.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles