Shuib bakal nikah Watie Jun depan

Shuib menyifatkan Watie sangat baik kepada anak-anak dan orang tuanya

PETALING JAYA: Menamatkan teka teki hubungannya bersama Watie Hanifiah, akhirnya pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mengakui bakal mendirikan rumah tangga dengan usahawan itu pada Jun depan.

Kata Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 38, persiapan perkahwinannya bersama wanita kelahiran Perak itu sudah berjalan sebanyak 30 peratus.

“Insya-Allah, majlis akan berlangsung selepas raya iaitu pada Jun depan. Nanti saya akan beritahu tarikhnya.

“Persiapan dari segi dewan sudah dilakukan. Saya akan menjalankan majlis pernikahan dan persandingan. Tetapi, dari segi busana belum lagi.

“Saya tak mahu majlis pernikahan terlalu meriah, tak mahu juga terlalu kecil-kecilan kerana memikirkan ahli keluarga.

“Ini adalah perkahwinan pertama Watie, jadi sudah tentu keluarga mahu majlis meriah meraikan kami.

Justeru, Shuib mengakui dengan adanya Watie, dia mampu mempunyai sistem sokongan yang baik, namun menegaskan arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin tetap tiada galang gantinya.

“Kita tahu kebolehan dan kemampuan saya, jadi bila ada orang sudi bersama saya, ia satu pemberian Allah.

“Saya tak tahu masa hadapan macam mana, tetapi sudah tentu saya mahukan yang baik-baik. Jadi, saya berharap semuanya dipermudahkan Allah.

“Saya perlukan sistem sokongan yang baik kerana saya tak tahu bagaimana untuk berseorangan dan sendirian,” katanya.

Shuib berkata, dia suka meriah, gembira, ramai-ramai dan jemput orang datang rumah, jadi apabila bersendirian, itu bukan dirinya.

“Saya seorang yang berkeluarga, saya suka keluarga, lagi besar keluarga, lagi saya gembira. Bila sudah ada peluang macam ini, bila Allah sudah hadirkan orang yang sudi duduk dengan saya, jaga anak-anak dan jaga saya juga, saya kena hargai, insya-Allah,” katanya.

Shuib menyifatkan Watie adalah wanita sangat baik kepada anak-anak dan orang tuanya.

Malah, kata Shuib, ibunya sendiri sangat menyukai keperibadian Watie.

“Arwah Siti Sarah tidak akan boleh diganti. Tetapi, hampir 20 peratus sisi Watie sama seperti arwah.

“Saya hargai bagaimana Watie menjaga anak-anak saya. Itu yang mahal.

“Saya nampak Watie boleh jadi ibu yang baik, insya-Allah. Saya nampak usaha yang Watie berikan kepada ibu saya, mentua dan anak-anak saya,” katanya.

Terdahulu, Shuib kehilangan arwah Siti Sarah yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan berusia setahun lima bulan. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles