Program ‘Satu Syahadah, Seribu Ukhuwah’:  52 mualaf tunaikan zakat fitrah, lelaki peluk Islam

PERMATANG PAUH –  Sebanyak 52 mualaf menunaikan zakat fitrah secara beramai-ramai dalam satu majlis di Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah di sini.

Majlis di bawah program ‘Satu Syahadah, Seribu Ukhuwah’ itu anjuran bersama Persatuan Infaq Kebajikan Ummah Takaful Pulau Pinang (IKUT), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bertam dan Jawatankuasa Masjid At-Taqwa.

Kalangan mualaf itu menunaikan zakat fitrah buat kali pertama selepas mereka memeluk Islam pada tahun lalu dan tahun ini.

Selain menunaikan zakat fitrah, kalangan mualaf berkenaan turut diberikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan hasil tajaan pengurusuan Masjid At-Taqwa, IKUT dan dari beberapa individu.

Kalangan mualaf yang membayar zakat fitrah dan menerima sumbangan dalam program ‘Satu Syahadah, Seribu Ukhuwah’ bergambar di Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Program tersebut juga menyaksikan seorang lelaki, Choo Kung Huat, 59, yang tinggal sebatang kara mengucapkan syahadah yang dipimpin oleh Penolong Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang (Kampus Bertam), Ts. Dr. Mohamad Azhar Mohd. Noor.

Penaung IKUT, Zolkifly Md. Lazim memberitahu, pada awalnya program berkenaan hanya tertumpu untuk meraikan golongan mualaf berbuka puasa.

Sebahagian mualaf wanita menerima sumbangan dalam program ‘Satu Syahadah, Seribu Ukhuwah’ di Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

“Namun, setelah diuar-uarkan, banyak pihak hendak membantu serta menghulurkan bantuan terutama pihak Masjid At-Taqwa, selain ada yang hendak peluk Islam.

“Kalangan mualaf ini teruja untuk menunaikan zakat fitrah kerana ia merupakan pengalaman pertama dalam hidup mereka. Ada sebahagian mereka yang peluk Islam sejak tahun lalu dan  juga tahun ini.

“Mereka juga merasakan amat dihargai selain kagum apabila diraikan oleh kariah masjid,” katanya.

Sementara itu, Kung Huat berkata, perasaannya tenang selepas mengucapkan dua kalimah syahadah.

Sebelum bersyahadah, Kuang Huat diberikan penerangan oleh rakan mualafnya dalam bahasa Hokkien mengenai tujuan bersyahadah termasuk Rukun Islam dan Rukun Iman.

“Saya gembira apabila diraikan bukan sahaja oleh rakan-rakan mualaf, malah oleh orang-orang masjid di sini.

“Kini saya tinggal dengan seorang rakan mualaf, menyewa sebuah bilik.

“Hidup ini perlu diteruskan dan saya berharap dapat pekerjaan yang sesuai,” katanya yang pernah bekerja sebagai pengawal keselematan.

CHOO KUNG HUAT (tengah) mengucapkan dua kalimah syahadah yang dipimpin Mohamad Azhar Mohd. Noor (kiri) dan disaksikan Zolkifly Md. Lazim di Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles