Program Dakwah Jalanan menyantuni golongan mualaf  di Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Program Dakwah Jalanan anjuran Persatuan Infaq Kebajikan Umah Takaful Pulau Pinang (IKUT) yang berkonsepkan santai, tidak memilih tempat khusus, sebaliknya diadakan di kawasan-kawasan tumpuan awam.

Ini termasuk di kedai makan, kawasan riadah, tempat lapang, masjid dan kawasan awam lain.

Berdasarkan konsep ini, golongan mualaf  terbabit akan dikumpul untuk menghadiri  kelas-kelas fardu ain dan kifayah termasuk solat berjemaah.

Menjelaskan lebih lanjut, Penaung IKUT, Zolkifly Md. Lazim memberitahu, konsep Dakwah Jalanan itu lebih terbuka kerana golongan mualaf masing-masing mempunyai tanggungjawab sendiri termasuk dari segi pekerjaan harian.

Menurutnya,  IKUT pada masa sama sentiasa menghubungi golongan mualaf berkenaan dari semasa ke semasa untuk memaklumkan  program tersebut.

“Kita adakan program ini sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu dan lokasinya mengikut keadaan seperti di kedai makan, kawasan riadah dan kawasan awam yang lain.

“Disebabkan setiap individu mualaf mempunyai tanggungjawab masing-masing, kehadiran adalah mengikut masa lapang mereka,” katanya.

Beliau berkata, setiap program akan melibatkan solat berjemaah termasuk pada waktu subuh, bersarapan beramai-ramai  dan sebagainya.

Katanya, kelas agama di bawah program Dakwah Jalanan itu pula mengikut kesesuaian seperti dalam bahasa Melayu, Hokkien dan lain-lain bahasa kerana ia berdasarkan  tenaga pengajar sukarelawan yang berkesempatan hadir.

“Pada hari tertentu ada tenaga pengajar sukarelawan yang fasih bahasa Hokkien hadir dan pada hari berkenaan kelas diadakan dalam bahasa berkenaan.

“Kelas-kelas berkenaan antara lain mengajar mengenai cara solat, bacaan al-Quran dan kita juga mengadakan kuiz mengenai Islam,” katanya.

Beberapa orang mualaf menjawab soalan kuiz dalam program Dakwah Jalanan di George Town, Pulau Pinang.
Selain berkonsepkan santai dan solat berjemaah, program Dakwah Jalanan juga melibatkan bersarapan beramai-ramai bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan mualaf.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles