SPRM, MFD wujud kerjasama rancang aktiviti tahun 2026

PUCHONG – Buat julung kalinya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dalam satu majlis di pejabat MFD di sini.

MoU itu antara lain mewujudkan kerjasama dalam menjalankan aktiviti dan program  termasuk bagi memberi kefahaman lebih mendalam kepada komuniti pekak mengenai  tadbir urus dalam menangani jenayah rasuah.

Pada masa sama, MoU tersebut juga ke arah memberi pengetahuan mengenai bahasa isyarat kepada kakitangan Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

MoU itu ditandatangani oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Ahmad Nizam Ismail dan Presiden Mohd. Norhisham Aluwi yang mewakili MFD.

Turut hadir Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari.

Kakitangan SPRM bergambar bersama kanak-kanak pekak Taska Istika Jaya serta pengasuh mereka di Puchong, Selangor.

Pada majlis ringkas itu, SPRM dan MFD turut mengadakan mesyuarat bersama termasuk mengenai hala tuju, aktiviti dan program untuk tahun 2026.

Kakitangan SRPM tersebut juga berkesempatan meninjau perjalanan dan operasi Taska Istika Jaya yang menempatkan kanak-kanak pekak.

Kakitangan SPRM dan MFD bergambar sambil menunjukkan isyarat tolak rasuah selepas majlis MoU di Puchong, Selangor. (Duduk dari kiri) Mohamad Sazali Shaari, Mohd. Norhisham Aluwi dan Ahmad Nizam Ismail.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles