Lebih 200 keluarga B40, warga emas, OKU terima manfaat barangan dapur dari HANDS

KUALA LUMPUR – Persatuan Pembangunan Masyarakat dan Alam Selangor (HANDS) yang aktif menghulurkan sumbangan kepada keluarga kurang bernasib baik sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan, kini menyasarkan lebih banyak  bantuan akan dihulurkan pada masa akan datang.

Jika sebelum ini setiap bulan sekurang-kurangnya empat program dilaksanakan yang melibatkan 50 hingga 60 keluarga bagi setiap lokasi, HANDS menjangkakan jumlah bantuan itu dapat diperluaskan lagi.

Presiden HANDS, Datuk Dr. Kannan Raman memberitahu, pertubuhan itu akan berusaha meningkatkan jumlah sumbangan kepada keluarga kurang bernasib baik melibatkan B40, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan beberapa kategori lagi.

Jelasnya, setiap kali program, sumbangan akan diserahkan kepada 50 hingga 60 keluarga mengikut kawasan kepadatan penduduk.

Dr. Kannan Raman (kiri) menunjukkan antara barangan dapur yang diserahkan kepada penduduk kurang bernasib baik.

Namun kata beliau, adakalanya jumlah penerima terbabit mencecah hingga 100 keluarga.

“Dalam bulan Mei ini kita telah melaksanakan empat program iaitu di Puchong, Subang, Kinrara dan Seri Kembangan.

“Bantuan yang dihulurkan melibatkan 16 hingga 18 jenis barangan termasuk beras, tepung, sardin, susu, minyak masak dan beberapa barangan lagi,” katanyal.

Menurutnya, HANDS akan bekerjasama dengan jawatankuasa penduduk setempat bagi mengenal pasti keluarga yang layak menerima bantuan berkenaan.

Di samping itu, kata beliau, HANDS kini sedang merancang serta meneliti kawasan-kawasan lain melibatkan penempatan penduduk bagi menyampaikan bantuan sepanjang bulan Jun ini.

“Pada masa ini para petugas HANDS sedang mengumpul maklumat, merancang serta mengatur program untuk bulan Jun bagi membolehkan bantuan disampaikan kepada penduduk yang layak,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles