fbpx

Inter tewaskan AC Milan untuk mara ke final Eropah selepas 13 tahun

Inter mengesahkan kemaraan ke final liga juara-juara selepas menewaskan AC Milan 3-0 secara agregat

MILAN: Inter Milan mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh lebih sedekad selepas menundukkan musuh sebandar, AC Milan 1-0 awal pagi tadi.

Jaringan Lautaro Martinez pada minit ke-74 memastikan skuad Nerazzurri memenangi aksi separuh akhir secara agregat 3-0.

Ia juga final pertama mereka sejak 2010, iaitu tahun di mana Jose Mourinho membawa kelab tersebut merangkul kejuaraan Eropah, Piala Itali dan Serie A.

Pemain dan kakitangan Inter meraikan kejayaan dengan menyanyi serta menari bersama peminat di hadapan Curva Nord di San Siro – stadium yang dikongsi kedua-dua pasukan.

Inter akan menentang sama ada Real Madrid atau Manchester City di Istanbul pada 10 Jun depan.

Juara 14 kali, Real dan City akan berentap di Etihad dalam separuh akhir kedua awal pagi esok selepas aksi pertama terikat 1-1.

Bagi Milan, penantian panjang mereka berterusan sejak kali terakhir merangkul kejuaraan pada 2007, iaitu trofi Eropah ketujuh mereka.

Inter mengesahkan tempat di final apabila Martinez masuk ke bahagian kiri kawasan lawan dan bertukar hantaran dengan Romelu Lukaku sebelum merembat bola ke gawang.

“Kelab meletakkan sasaran pusingan 16 akhir kepada saya, namun kami melangkah ke final, ia perasaan yang hebat.

“Pemain menunjukkan kekuatan, keinginan tinggi, kesungguhan dan tumpuan penuh.

“Kami beraksi dalam pertarungan sebandar sejak Januari, kami menang semua empat perlawanan, pemain kami sangat hebat dan berhak bergembira hari ini,” kata pengurus Inter, Simone Inzaghi. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles