fbpx

Karnival Kerjaya Subang Jaya bantu atasi masalah pengangguran

SUBANG JAYA – Karnival Kerjaya Subang Jaya secara dalam talian menyasarkan penyertaan 100 majikan sepanjang tiga hari ia bakal berlangsung bermula 19 November nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng berkata, pembabitan lebih banyak majikan membolehkan masalah pengangguran terutama akibat pandemik Covid-19 dapat dikurangkan.

Menurut beliau, program dengan kerjasama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) serta beberapa syarikat itu tidak menghadkan penyertaan mereka dari Subang Jaya sahaja malah ia dibuka buat pencari pekerjaan dari kawasan lain.

“Ini sebagai usaha mengatasi masalah pengangguran. Selain dapat membantu individu kehilangan kerja, majikan juga turut menerima manfaat di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Antanya menerima subsidi gaji selama enam bulan dan elaun latihan RM30 bagi setiap pekerja,” katanya menerusi portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini.

Tambah beliau, karnival berakhir 21 November itu turut akan melaksanakan kursus kemahiran bagi melatih pekerja mendalami bidang baharu.

“Antara syarikat bersetuju sertainya adalah anak syarikat Sunway Group, City-Link dan Costa Coffee.

“Majikan yang mahu menyertai karnival terbabit boleh mendaftar di laman web https://rb.gy/allfhz manakala untuk pencarian kerja di https://rb.gy/j9otkm,” ujarnya.

Pendaftaran boleh dilakukan sehingga 15 November ini.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles