Bermula di Bukit Aman, BIM beralih ke kontinjen-kontinjen negeri

KUALA LUMPUR – Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) yang diperkenalkan kepada anggota dan pegawai polis Bukit Aman, bakal diperluaskan ke kontinjen-kontinjen  negeri.

Langkah itu diambil setelah BIM didapati bermanfaat dan menjadi keperluan penting kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Rahimi Ra’ais meluangkan masa melawat ruang pameran MFD sambil berinteraksi dengan komuniti pekak di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Ia susulan daripada pengenalan BIM kepada 40 anggota dan pegawai polis dalam satu sesi di Menara 1 Bukit Aman di sini.

Pada sesi tersebut, Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais hadir merasmikan program.

Program Latihan Dalam Perkhidmatan itu bertemakan Komunikasi Inklusif PDRM Bersama Komuniti Pekak.

Ia merupakan kolaborasi PDRM dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dan turut dihadiri Presiden Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MyASLI), Wan Zuraidah Abu dan timbalannya, Goh Soo Leng.

Rahimi Ra’ais (dua dari kiri) ketika program PDRM bersama komuniti pekak di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Hadir sama ialah kalangan komuniti pekak bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan anggota dan pegawai polis.

Sesi kelas asas BIM di Bukit Aman itu dikendalikan oleh tenaga pengajar MFD, Nur Saadah Zulkefli.

Rahimi ketika berucap menyatakan pentingnya bahasa isyarat kerana orang pekak merupakan sebahagian daripada komuniti yang berhak mendapat khidmat serta layanan sama rata seperti inidividu lain.

Jelas beliau, dari kelas bahasa isyarat dan pengenalan kepada BIM, pihaknya mendapati BIM bermanfaat diperluaskan ke kontinjen-kontinjen negeri.

“Kepada para anggota dan pegawai yang mengikuti kelas BIM hari ini, apabila pulang ke jabatan masing-masing, kongsilah ilmu yang ada kepada rakan-rakan setugas,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles