10,548 polis, pasangan undi awal

8 DIS: Seramai 10,548 pegawai dan anggota polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan akan mengundi awal di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 14 Disember ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, berkata sebanyak 85 pusat mengundi awal dengan 111 saluran akan disediakan di pusat mengundi.

“Pusat mengundi adalah terdiri daripada dewan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), rumah Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), pusat sumber, bilik rekreasi, bilik mesyuarat dan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan sesi demonstrasi Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) dan Unit Water Cannon di Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak di Batu Kawa, di sini, hari ini.

Aidi berkata, demonstrasi PORU bersama Unit Water Cannon itu adalah antara siri latihan dan simulasi yang dilaksanakan kepada petugas sebagai persediaan menghadapi situasi luar jangka sepanjang tempoh PRN Sarawak ke-12.

“Bagi pilihan raya kali ini, kami bersiapsiaga dengan empat pasukan PORU membabitkan kekuatan empat pegawai serta 188 anggota.

“Daripada empat pasukan itu, dua pasukan daripada unit berkenaan berada di Batalion 11 PGA Kuching, manakala dua lagi pasukan pula masing-masing ditempatkan di Batilion 10 PGA Sibu serta Batilion 12 PGA Miri.

“Terdapat juga satu pasukan Unit Water Cannon yang bersiapsiaga di Batilion 11 PGA Kuching dengan kekuatan seorang pegawai dan 10 anggota,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles