fbpx

Hanya kit ujian air liur dibenar di sekolah

8 DIS: Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan pelaksanaan ujian saringan COVID-19 di sekolah hanya menggunakan kit ujian air liur.

KPM dalam satu kenyataa menyatakan, penggunaan kit ujian secara calitan hidung tidak dibenarkan dan tidak selaras dengan arahan melalui surat bertarikh 28 November 2021.

“Pengurusan ujian kendiri COVID-19 bagi murid KPM dilaksana mengikut ketetapan dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0,” katanya.

Kenyataan berkenaan sebagai respons kepada gambar yang tular di media sosial bertajuk ‘Di sebuah sekolah guru-guru menjalani latihan amali dengan swab pelajar’.

“Siasatan KPM mendapati gambar tersebut melibatkan ujian saringan COVID-19 yang dilaksanakan di sebuah sekolah di negeri Pahang.

“Secara keseluruhan, seramai 16 murid dipilih secara rawak untuk menjalani ujian saringan itu menggunakan kit ujian air liur.

“Bagaimanapun, demonstrasi calitan hidung turut dilaksana melibatkan empat guru dan empat murid yang dibimbing oleh dua orang Jururawat Masyarakat,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles