Siti Nurhaliza panah siapa?

8 DIS : Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin nampaknya mula berjinak-jinak dengan sukan memanah yang merupakan antara sunnah Rasulullah SAW.

Dalam entri Instagramnya pagi ini, Siti Nurhaliza memuat naik video belajar memanah dengan bantuan seorang jurulatih.

“Sunnah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Siti Nurhaliza dibantu seorang jurulatih bagi mendapatkan postur badan yang betul sebelum memanah. -Gambar Instagram ctdk

Perkongsian tersebut turut mendapat respon daripada rakan artis. Antaranya pelawak dan juga pelakon, Zizan Razak.

“Lagu cemas sangat kenapa? Takut saya pagi-pagi ini,” ujarnya yang memberi komen mengenai muzik latar video aksi memanah tersebut.

Entri tersebut turut menerima komen daripada bekas penyampai berita dan personaliti televisyen terkenal negara, Puan Seri Normala Samsuddin.

“Siapa berani dekat!!,” katanya pula.

Antara komen peminat :

adam.aiman11 : “Salah panah ini, mahu tembus kepala jiran,”.

zarinamatz : “30m yea, not bad!,”.

maheli_alrasad : “panahkan saja hatiku mbak,”.

Memanah bukan semata-mata sukan biasa, sebaliknya ia menjadi antara sunnah yang dituntut kepada umat Islam untuk mempelajarinya, selain berenang dan menunggang kuda.

Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian (belajar) memanah kerana ia sebaik-baik permainan.” (HR Bazzar dan Tabarani)

Sukan memanah ini bukan saja dapat melatih fizikal seseorang, bahkan ia turut mendidik daripada sudut emosi untuk menjadi lebih sabar, tenang dan tidak mudah gelabah.

Memanah bukan sahaja memberikan kesihatan fizikal malah kepada sudut emosi seseorang supaya lebih fokus dan tidak mudah gelabah. -Gambar Instagram ctdk

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles