fbpx

Azhan Rani derma platelet, plasma

9 DIS : Pelakon, Azhan Rani hari ini menderma darah jenis platelet dan plasma di Pusat Darah Negara.

Menerusi entri Instagramnya, pelakon yang popular dengan watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur itu berkongsi mereka yang menderma darah platelet dan plasma dipanggil sebagai penderma darah apheresi.

Azhan Rani berkongsi aktiviti derma plasma dan platelet yang dilakukannya di Instagram. -Gambar Instagram Azhan Rani

“Toksah (tak usah) buat pelik, dua-dua ada dalam badan semua orang selain darah merah kecuali spesies mak limah dan keturunan robocop saja.

“Yang menderma darah platelet dan plasma ini dipanggil penderma darah apheresis. Selain itu adalah penderma darah merah atau whole blood donor. Nak tahu lanjut, follow website Pusat Darah Negara,” katanya.

Azhan mengajak peminatnya yang sihat dan layak menderma darah untuk sama-sama menderma di Pusat Darah Negara. -Gambar Instagram Azhan Rani

Berdasarkan perkongsian di laman web Pusat Darah Negara, pendermaan tidak hanya tertumpu kepada darah merah sahaja, malah terdapat komponen-komponen lain di dalam darah yang boleh didermakan antaranya penderma whole blood.

Menurut laman web berkenaan, darah mengandungi komponen-komponen sel darah merah, sel darah putih, platelet dan plasma.

Darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain.

Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450 mililiter (ml) iaitu kurang daripada satu pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan.

Azhan popular menerusi watak Ustaz Hamidi yang dipegang dalam drama Nur. -Gambar Instagram Azhan Rani.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles