fbpx

23,043 undi awal di PRN Sarawak esok

13 DIS: Seramai 23,043 pengundi akan mengundi awal esok membabitkan 69 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak.

Pegawai Media Polis Kontinjen Sarawak bagi PRN12, Supt Alexson Naga Chabu berkata, sebanyak 55 pusat pengundian awal akan dibuka bermula pukul 7.30 pagi hingga 5 petang, manakala 30 lokasi lagi ditutup lebih awal iaitu 2 petang.

“Undi awal ini membabitkan 10,458 anggota dan pegawai polis serta pasangan manakala bakinya anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Seramai 5,522 anggota polis akan bertugas pada hari mengundi esok dengan setiap anggota ditempatkan di lokasi serta saluran mengundi awal.

“Seorang pegawai zon turut ditempatkan bagi memastikan keselamatan serta melancarkan perjalanan hari mengundi awal dan teratur. Keselamatan tempat mengundi juga dijamin selamat dan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara pusat pengundian awal ialah Dewan Ibu Pejabat Polis Kontenjen (IPK) Sarawak, Dewan Badminton Kompleks Polis Tabuan Jaya, Balai Polis Sebuyau, Dewan Sri Pengaman, IPD Serian serta beberapa sekolah serta kem tentera.

Hanya 13 DUN tidak terbabit dalam proses pengundian awal antaranya DUN Demak Laut, Sadong Jaya, Krian, Semop, Jemoreng, Ngemah, Bukit Assek, Baleh, Murum, Kemena dan Pujut.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles