fbpx

Lelaki palsukan kematian ditahan kerana membunuh

13 DIS: Macam sedutan filem. Begitulah tindakan seorang lelaki warga India yang cuba memalsukan kematiannya dengan membunuh seorang pekerja pembinaan dan menjadikan mayat itu identitinya.

Begitupun, tindakan tidak berperikemanusiaan itu akhirnya menjerat diri sendiri apabila suspek, Sudesh Kumar ditahan polis India.

Suspek berbuat demikian untuk mengelak daripada dibicarakan atas satu tuduhan membunuh anak perempuannya yang kahwin lari pada 2018.

Bulan lalu, polis menemui satu mayat di Ghaziabad di pinggir New Delhi yang memakai pakaian milik Kumar dan memiliki kad pengenalannya.

Superintenden polis, Iraj Raja, berkata separuh mayat yang ditemui itu terbakar dan wajahnya sudah tidak dapat dicam.

“Hasil siasatan penemuan mayat itu membawa polis ke kediaman Kumar dan meminta isterinya membuat pengecaman mayat.

“Isterinya dengan segera mengesahkan itu adalah mayat suaminya. Namun, kami tidak percaya,” katanya.

Polis kemudian mendapat maklumat bahawa Kumar masih hidup, sebelum lelaki itu ditangkap di luar kediamannya Jumaat lalu.

“Selepas disoal siasat, dia mendedahkan perkara sebenar,” katanya.

Terdahulu, Kumar menjalin persahabatan dengan seorang tukang batu dan menjemputnya ke rumah, kononnya untuk membuat kerja baik pulih dengan memberinya pakaian dan alkohol, sebelum memukulnya hingga mati.

Menurut Raja, Kumar dan isterinya kini dikenakan pertuduhan membunuh.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles