fbpx

Perhilitan rampas dua ekor burung di Port Dickson

13 DIS : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas dua ekor burung disyaki spesies Changeable Hawk-eagle dan Black-winged Kite di sebuah premis tidak berpenghuni di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 28 November lalu.

Jabatan Perhilitan menerusi laman rasmi Facebooknya hari ini berkata, kedua-dua haiwan itu ditemui dalam satu serbuan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

Katanya, burung yang disimpan di sekitar premis terbabit tanpa dokumen penyimpanan yang sah.

Burung yang dirampas di kawasan premis tanpa penghuni di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 28 November lalu. – Gambar Facebook Jabatan Perhilitan

“Operasi ini melibatkan anggota daripada Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia, Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ).

“Satu laporan polis telah dibuat berkaitan rampasan kedua-dua ekor burung berkenaan dan semua barang rampasan telah dibawa ke Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

Burung ini dirampas selepas pemeriksaan mendapati ia dibela tanpa permit penyimpanan yang sah. -Gambar Jabatan Perhilitan

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles