fbpx

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dibuka Jumaat

14 DIS: Laluan di Seksyen 27, KM39 FT 185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, akan dibuka sepenuhnya pada pagi Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun, berkata ia akan dibuka kepada semua jenis kenderaan antara jam 12 tengah malam hingga 11.59 pagi.

“Buat masa ini pihak konsesi sedang bersihkan jalan, selain membina longkang aliran air tepi jalan yang runtuh itu bagi mengelakkan pergerakan tanah (kembali) berlaku yang mana pembinaan longkang itu dijangka mengambil masa selama dua hari.

“Insya-Allah kalaun tiada halangan, pagi Jumaat ini pengguna jalan raya sudah boleh menggunakan jalan itu sepenuhnya, membabitkan pembukaan kedua-dua laluan.

“Kawasan bukit yang mengalami runtuhan turut direka bentuk secara bertingkat bagi mengurangkan risiko runtuhan susulan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Katanya lagi, pihaknya turut menyeru supaya pengguna jalan itu tetap berwaspada ketika melalui jalan berkenaan berikutan sepanjang jalan berkenaan sememangnya dikelilingi kawasan bukit serta cerun.

Tanah runtuh di lokasi berkenaan kira-kira jam 1.40 petang 2 Disember lalu mengorbankan dua orang masing-masing pemandu sebuah lori dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) selepas kenderaan dipandu mereka ditimbus runtuhan tanah.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles