Jutawan dakwa Allah sebagai benda halus

0
229

SEORANG usahawan berstatus jutawan mendakwa Allah sebagai ‘makhluk halus’ yang tidak kelihatan oleh panca indera manusia.

Rakaman video jutawan dakwa Tuhan sebagai ‘makhluk halus.’

Dalam satu rakaman video Tiktok yang diterbitkan pengguna bernama @hashim_kawsin usahawan itu dirakam sebagai berkata:

“Suka tak suka tuhan juga benda tak nampak …  sebab Dia bukan fizikal, tak nampak, soo kenapa kena belajar banyak sebab produk you tak boleh connet dengan tuhan, tak boleh dipegang tak boleh di ni …. tetapi you boleh merasai… good energy bad energy, contoh ada orang.”

Hashim Harun berkata, dia terpanggil untuk membetulkan apa yang diucapkan jutawan berkenaan kerana menyamakan Allah dengan ‘benda halus’ boleh menjadikan seseorang itu kufur.

“Menghina Rasulullah SAW dan menghina syariat Allah pun dianggap kufur, apatah lagi menyamakan Allah dengan makhluk.

“Allah ialah Khalid iaitu Pencipta dan bukan yang diciptakan iaitu makhluk. Jika kita berbuat silap, perbaiki dan taubat terus. Jangan sombong dan bongkak kerana kita punya kedudukan dan harta,” kata Hashim.

Tidak jelas tarikh dan tajuk program bual bicara live yang disertai jutawan itu namun, Hashim membacakan sepotong hadis yang menyebut setiap anak Adam akan membuat kesalahan dan sebaik-baik daripada mereka adalah yang memperbetulkan kesalahan serta bertaubat.

Previous articleZafrul tidak berniat amal poligami
Next articleTiada sebab Zii Jia tidak boleh menjadi juara dunia
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here