Lelaki gelandangan disyaki bakar pokok Krimas gergasi

0
271
Pokok, Christmas
Sebatang pokok Krismas disyaki dibakar oleh seorang lelaki gelandangan di depan ibu pejabat Fox News pada tengah malam Rabu. - Foto Independent

16 DIS: Polis di New York pada Rabu menangkap seorang lelaki, Craig Tamanaha (gambar) yang disyaki membakar dengan sengaja sebatang pokok gergasi Krismas di hadapan ibu pejabat syarikat media, Fox News pada waktu malam.

Lelaki berusia 49 tahun dipercayai sebagai gelandangan itu menghadapi tuduhan membakar selepas dia ditemui sekitar tengah malam dengan memanjat struktur yang menyokong pokok setinggi 15 meter di ibu pejabat tersebut di Manhattan.



Pokok itu kemudian terbakar dan terdapat pemetik padanya tetapi polis tidak pasti sama ada dia menggunakan bahan lain yang membantunya untuk membakar pokok tersebut.

Dalam kejadian itu, api dapat dikawal oleh anggota-anggota bomba dan tiada laporan tentang kecederaan akibat pokok Krismas tersebut dibakar.

Menurut Fox News, pokok itu dihiasi dengan 10,000 perhiasan kaca dan 100,000 lampu.
Polis belum lagi mendedahkan tentang motif kejadian tetapi Ketua Pegawai Eksekutif Fox News, Suzanne Scott mengecam kejadian itu sebagai serangan berniat jahat. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here