fbpx

Agong, Permaisuri cemar duli ke KFC Jalan Ipoh

16 DIS: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli mengunjungi restoran Kentucky Fried Chicken di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur untuk santapan tengah hari, hari ini.

Menurut entri Instagram Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan tengah hari di tingkat atas restoran tersebut bersama pengunjung-pengunjung.

Agong dan Permaisuri menikmati santapan tengah hari di KFC Jalan Ipoh, Kuala Lumpur hari ini.

Seri Paduka Baginda berdua singgah di restorah tersebut dalam perjalanan keberangkatan pulang ke Istana Negara dari Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menyantuni dan beramah mesra bersama pengunjung-pengunjung dan pekerja-pekerja restoran tersebut.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles