fbpx

Agong terima menghadap Perdana Menteri

17 DIS: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan sesi hari ini berlangsung selama sejam bermula 8 pagi.

Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri di Istana Negara hari ini.

“Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama perdana menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles