Usahawan bimbingan RichWorks serah RM500,000 bantu mangsa banjir

0
705

HANYA dalam tempoh kurang 24  jam, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) dan keseluruhan usahawan dalam rangkaian syarikat bimbangan itu berjaya mengumpul lebih RM500,000 untuk diserahkan kepada mangsa banjir, khususnya di Shah Alam.

Nasrul Hadi Shukran Jamil

Menurut Naib Presiden Kewangan RichWorks, Nasrul Hadi Shukran Jamil, sumbangan tersebut diharap dapat membantu mangsa-mangsa banjir  yang terkesan di sebalik cabaran dalam fasa pemulihan susulan wabak COVID-19.

“Kami faham pasti ada lagi ramai di luar sana berhadapan cabaran lebih berat. Ramai tersentuh emosi berikutan kehilangan harta benda dan ada yang berduka kerana kehilangan ahli keluarga.  Semoga sumbangan ini dapat berikan harapan buat penerima agar kembali bangkit daripada cabaran ini, insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Sumbangan melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) tersebut diserahkan Nasrul Hadi kepada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor mewakili Majlis Bandaraya Shah Alam di Wisma MBSA. 

“Alhamdulillah, usahawan didikan RichWorks bersama-sama dengan mangsa banjir untuk hulurkan tangan bagi membantu.  Dalam rezeki kita ini, adanya bahagian orang lain dan bisnes dijalankan juga bukan semata-mata untuk diri mereka sendiri seperti selalu diterapkan pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman,” katanya.

Kata Nasrul Hadi, pejabat RichWorks di Seksyen 13, Shah Alam turut digenangi air dalam kejadian banjir pada 18 Disember lalu  manakala belasan kenderaan milik kakitangan, juga tenggelam dalam air bah.

Sebagai rekod, RichWorks merupakan syarikat latihan dan bimbingan terbesar yang telah berjaya melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman. 

Sejak ditubuhkan 13 tahun lalu, syarikat itu telah menyuntik inspirasi bangkit menjadi jutawan kepada lebih 1.5 juta peserta membabitkan sekurang-kurangnya 1,500 acara seminar bersemuka mahupun secara dalam talian. 

Previous article
Next articleBanjir: KPM tambah cuti sekolah seminggu
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here