fbpx

Jakim dipilih penerima anugerah The BrandLaureate World Halal BestBrands e-Branding Award 2021

29 DIS : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terus mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila dipilih sebagai penerima anugerah ‘The BrandLaureate World Halal BestBrands e-Branding Award 2021 For Strategic Business Alliance’.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd. Yusoff, anugerah yang diterima semalam itu merupakan bukti penerimaan badan bebas selain kerajaan yang mengiktiraf Jakim selaku satu jenama atau institusi dilihat menepati ciri-ciri berdiri teguh selain berjaya mengekalkan kejayaan jenama dan kepimpinan jenama.

“World Brands Foundation (TWBF) selaku penganjur memilih Jakim sebagai penerima anugerah ini buat kali ketiga setelah menerima anugerah yang sama pada tahun 2018 dan 2019.

“Pengiktirafan ini diberikan atas kejayaan Jakim yang secara berterusan membangunkan strategi baharu untuk memenuhi keadaan persekitaran perniagaan semasa walaupun terpaksa berhadapan dengan masa-masa yang sukar,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambah beliau, menerusi pengiktirafan tersebut, ia dapat mengukuhkan lagi nama Jakim dalam pasaran halal selain mendorong industri yang memiliki pensijilan halal untuk melonjak jenama mereka di pasaran halal yang kini semakin kompetitif.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles