fbpx

China beri amaran tegas jika Taiwan terus desak untuk merdeka

30 DIS: China memberi amaran akan mengambil langkah drastik jika Taiwan terus mendesak untuk mencapai kemerdekaan.

Seorang pegawai Beijing menyatakan mendakwa Taiwan ditadbir secara demokratik sebagai wilayahnya sendiri.

Bagaimanapun dalam tempoh dua tahun lalu tekanan ketenteraan dan diplomatik meningkat dalam tuntutan kedaulatan Taiwan, menyemarak kemarahan di Taipei dan kebimbangan di Washington.

“China bersedia mencuba sedaya upaya untuk mencari penyatuan semula secara aman dengan Taiwan namun akan bertindak jika mana-mana pihak melampaui batas dalam isu kemerdekaan,” kata jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan, Ma Xiaoguang dalam taklimat media Rabu lalu.

“Jika pasukan pemisah di Taiwan yang mahukan kemerdekaan membuat provokasi, menggunakan kekerasan atau melampaui batas, kami perlu mengambil langkah drastik,” kata Xiaoguang.

Taiwan muncul sebagai faktor utama dalam hubungan tegang antara China dan Amerika Syarikat (AS), penyokong antarabangsa dan pembekal senjata paling penting di pulau itu walaupun tiada hubungan diplomatik rasmi.

China sering kali menyifatkan pulau itu sebagai isu paling sensitif dalam hubungannya dengan AS.

Xiaoguang berkata provokasi oleh pasukan prokemerdekaan dan campur tangan luar boleh menjadi lebih serius dan lebih sengit untuk beberapa bulan akan datang.

Kerajaan Republik China melarikan diri ke Taiwan pada 1949 selepas kalah dalam perang saudara dengan komunis yang kemudiannya menubuhkan Republik Rakyat China. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles