fbpx

JPNP sahkah tiada sebarang aktiviti pembalakan dikesan di Hutan Simpan Lentang

30 DIS : Kejadian tanah runtuh dan banjir yang turut menghanyutkan longgokan kayu yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berhampiran Bentong baru-baru ini dipercayai berpunca daripada kejadian kepala air dan bukannya disebabkan aktiviti pembalakan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Dr. Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati tiada sebarang aktiviti pembalakan sama ada secara sah atau haram di dalam kawasan Hutan Simpan Lentang seperti yang tular di laman sosial Facebook oleh orang awam pada Khamis lalu.

Jelas beliau, perkara itu disahkan berdasarkan semakan yang dilakukan jabatan itu melalui udara menggunakan drone di jalan Bentong, Karak berhampiran stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jambatan Sri Telemong, Bentong.

Sebaliknya kata beliau, kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku itu berpunca daripada kepala air yang bermula di Hutan simpan Lentang susulan hujan lebat secara berterusan selama tiga hari bermula 16 Disember lalu.

“Fakta ini disokong dengan data taburan hujan daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran, Bentong yang mencatatkan bacaan purata 155 milimeter (mm) dan bacaan hujan ini dikategorikan sebagai sangat lebat pada 18 Disember lalu.

“Jadi, kita mengesahkan kejadian kepala air di kedua-dua lokasi itu dan ia tiada kaitan dengan aktiviti pembalakan di tanah kerajaan di Sungai Gapoi sepertimana yang ditularkan, kerana jarak kawasan ini adalah sejauh 16 kilometer (km) daripada Jambatan Sri Telemong dan 23 km daripada jalan Bentong-Karak berhampiran Stesen Timbang JPJ Karak.

“Fenomena yang berlaku di Hutan Simpan Lentang ini hampir sama seperti apa yang berlaku di Hutan Simpan Gunung Jerai, Kedah pada bulan Ogos lalu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu pada malam semalam.

Menurut Mohd. Hizamri lagi, tinjauan dilokasi pada hari Rabu turut mendapati air Sungai Gapoi adalah jernih dan tiada kesan kepala air beraku di kawasan terbabit.

Hutan simpan lentang telah diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air semenjak tahun 2002 dan aktiviti pembalakan adalah tidak dibenarkan sama sekali di dalam kawasan tersebut.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles