fbpx

Perlaksanaan cukai untuk cecair vape bernikotin masih kabur.

29 Dis – Industri vape tempatan menggesa kerajaan untuk segera memberi kata putus berhubung pelaksanaan cukai untuk cecair vape bernikotin yang bakal dilaksanakan bermula 1 Januari 2022 yang juga memerlukan Kerajaan menetapkan kadar maksima nikotin dalam cecair vape.

Pada pembentangan Belanjawan 2022 Oktober lepas, cukai vape dinaikkan sebanyak 200% ke kadar RM1.20 bagi setiap mililiter cecair dan ia turut termasuk cecair vape yang mengandungi nikotin.

Pihak industri sebelum ini juga telah memohon agar Kerajaan mengkaji semula kadar tersebut kerana ia adalah terlalu tinggi.

Namun sehingga kini, Kementerian Kesihatan masih belum menetapkan kata putus berkaitan kadar maksima nikotin dalam cecair vape untuk industri bersiap-sedia sebelum 1 Januari 2022.

Menurut Rizani Zakaria, Presiden Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA), pihak industri masih tidak menerima sebarang kata putus mengenai pandangan yang diberikan berkenaan kadar cukai yang tinggi tersebut dan kadar maksima nikotin untuk cecair vape. Pihak industri juga memohon kerajaan untuk segerakan penyampaian maklumat berhubung perkara itu.

“Pengeluar dan pengilang masih tiada kepastian berkenaan kadar cukai yang bakal dilaksanakan dan kadar maksima kandungan nikotin dalam cecair vape yang ditetapkan untuk penjualan. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk memasuki tahun 2022 dan industri masih tiada maklumat yang diperlukan untuk membuat persediaan.”

Rizani menegas, Kerajaan tidak boleh melengah-lengahkan perkara ini kerana ia akan memberi kesan kepada pengeluar dan pengilang dari segi pengurusan operasi dalam industri vape sekiranya maklumat tidak diperolehi sebelum perlaksanaan dilakukan.

Tambahnya lagi, kadar cukai yang diumumkan itu sudah pasti akan mengakibatkan kenaikan harga cecair vape. Kerana itu pengeluar dan pengusaha perlu membuat persiapan awal sebelum memasuki tahun baru bagi mengelakkan sebarang gangguan pada operasi.

Malah, kadar maksima kandungan nikotin dalam cecair vape juga akan memerlukan produk yang melebihi aras tersebut tidak terjual dalam pasaran. Semua ini memerlukan persediaan dan industri sehingga kini masih tidak lagi menerima sebarang makluman dari Kerajaan.

Berkenaan kadar maksima nikotin, industri memohon Kerajaan mengikut contoh yang ditetapkan negara lain seperti di Amerika Syarikat dan Filipina di mana kadar maksima yang ditetapkan adalah 65mg setiap mililiter. New Zealand juga menetapkan kadar maksima adalah 50mg setiap mililiter manakala kebanyakan negara Eropah adalah pada kadar 20mg sahaja setiap militer.

“Pihak industri sememangnya menyokong segala usaha dan tindakan kerajaan dalam menjadikan industri ini dikawal dengan peraturan dan bersedia untuk mematuhi sebarang garis panduan yang disediakan. Kami berharap Kerajaan dapat memberikan maklum balas dengan segera berkenaan perkara ini,” kata Rizani.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles