fbpx

Ikan Tuna sirip biru dibida AS$145,000

5 JAN: Seekor ikan tuna sirip biru seberat 211 kilogram yang ditangkap di perairan wilayah Aomori dibida pada harga AS$145,000 (RM608,057) di Tokyo pada awal Tahun Baharu.

Ikan itu berjaya dibida secara bersama oleh rangkaian restoran sushi bertaraf Michelin, Kumpulan Onodera dan rangkaian peruncit Jepun, Yamayuki menerusi lelongan di pasar ikan Toyosu Tokyo.

Beberapa jam selepas acara lelongan itu tamat, ikan terbabit dihantar ke sebuah restoran milik Onodera di kejiranan Omotesando untuk dihiris dan dipotong di hadapan umum.

Ketua cef, Akifumi Sakagami, berkata ikan terbabit akan ditawarkan kepada semua pelanggan rangkaian restoran berkenaan di Jepun serta di luar negara termasuk Hawaii, New York dan Los Angeles.

“Saya menyertai acara lelongan itu dengan harapan untuk mendapat ikan tuna berharga tinggi yang dianggap bertuah untuk diberikan kepada pelanggan dan secara tidak langsung saya mahu memberikan kegembiraan ketika dunia masih dilanda pandemik,” katanya.

Dalam pada itu, peminat sushi berkumpul di luar restoran terbabit, menantikan hidangan ikan tuna berkenaan.

Junko Kawabata, 78, berkata dia sanggup keluar awal dari rumahnya di timur Tokyo semata-mata tidak mahu melepaskan peluang bagi merasai hidangan ikan terbabit.

“Saya amat menggemari ikan tuna dan tidak sabar untuk memakannya,” katanya sambil memaparkan angka giliran yang menunjukkannya sebagai pelanggan pertama akan dihidangi makanan berkenaan. – AFP

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles