fbpx

Polis cari lelaki hina Agong, PM

5 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu seorang lelaki, N Ganesparan, 40, selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata Ganesparan dikehendaki susulan waran tangkap Ewa3836752 dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Jenayah Siber, Kuala Lumpur pada 20 Disember lalu.

“Ini berikutan lelaki terbabit gagal hadir pertuduhan kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri mengikut Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat lelaki berkenaan diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, Superintendan Junainah M Kasbolah di talian 019-7051222.

Maklumat juga boleh disampaikan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Shahrir Mohamad di talian 019-5414014.

Terdahulu, media melaporkan PDRM mengesan seorang lelaki warga tempatan dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, perkauman serta jelik terhadap institusi diraja dan kerajaan yang tular di media sosial, pada 26 Jun lalu.

Abd Jalil dipetik sebagai berkata, kenyataan itu dilihat mampu menyebabkan keresahan awam serta menggugat keamanan negara.

Katanya, Ganesparan yang dipercayai berada di Jerman dicari bagi membantu siasatan yang dikendalikan oleh UJST Bukit Aman.

Menurut Abd Jalil, sejak tahun 2018 hingga kini, polis membuka 18 kertas siasatan terhadap lelaki itu mengikut Akta Hasutan 1948 serta Kanun Keseksaan.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles