fbpx

Sidang Khas Parlimen bincang bencana banjir

6 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan satu sidang khas Dewan Rakyat berkaitan bencana banjir akan diadakan pada 20 Januari ini.

Menurut beliau, Mesyuarat Khas itu penting untuk memberi ruang kepada kerajaan menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakan dan perancangan kerajaan menangani isu-isu banjir. raturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Mendalami kesusahan rakyat yang terkesan ekoran bencana banjir, satu Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat akan diadakan pada 20 Januari 2022.

“Mesyuarat Khas ini diadakan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Ini bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles