Polis Hong Kong tahan 2 bekas pramugari isu COVID-19

18 JAN: Polis Hong Kong menahan dan mendakwa dua bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan atas dakwaan melanggar perintah protokol COVID-19.

Kenyataan itu tidak menamakan syarikat penerbangan terbabit, tetapi ia dibuat selepas Cathay Pacific dilaporkan berkata syarikat berkenaan sudah memecat dua pramugari yang disyaki melanggar protokol COVID-19.

Polis berkata, kedua-dua pramugari itu kembali ke Hong Kong dari Amerika Syarikat pada 24 dan 25 Disember lalu dengan mereka menjalankan ‘aktiviti tidak perlu’ sepanjang tempoh kuarantin kendiri di rumah.

Kedua-duanya sudah dibebaskan dengan ikat jamin dan kes akan dibicarakan pada 9 Februari ini.

Syarikat penerbangan utama Hong Kong dipersalahkan atas penyebaran awal varian Omicron ke dalam komuniti dengan pemimpin Carrie Lam memilih Cathay dan melancarkan dua siasatan terhadap syarikat penerbangan itu.

Pengerusi syarikat itu, Patrick Healy, berkata pihaknya bekerjasama dengan kerajaan dalam siasatan yang menumpukan kepada ketidakpatuhan peraturan coronavirus. – Reuters

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles