fbpx

Tiada bukti ada kehidupan di meteorit Marikh

CAPE CANAVERAL – Satu kajian terhadap sebuah meteorit berusia empat bilion dari Marikh yang ditemui di Antartika pada tahun 1980an didapati tidak mengandungi bukti-bukti tentang kewujudan kehidupan.

Kajian itu didedahkan pada Khamis lalu oleh seorang saintis Andrew Steele dari Institusi Carnegie untuk Sains, Washington, Amerika Syarikat (AS).

Sampel kecil daripada meteorit itu menunjukkan sebatian yang kaya dengan karbon itu sebenarnya adalah hasil daripada air kemungkinan besar air masin atau berair mengalir di atas batu untuk tempoh yang berpanjangan, kata Steele.

Penemuan itu didedahkan dalam jurnal Science.

Pendedahan itu sekali gus menyangkal pengumuman pada tahun 1996 bahawa pasukan yang diketuai Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bahawa sebatian organik di dalam meteorit tersebut nampaknya telah ditinggalkan oleh makhluk hidup.

Meteorit itu ialah serpihan kecil batu Marikh yang tiba di bumi beberapa ribu tahun yang lalu.

Ia melantun dari permukaan planet itu akibat hentaman asteroid dan dihantar meluncur melalui angkasa lepas selama berjuta-juta tahun.

Ia ditemui di Allan Hills di Antartika pada 27 Disember 1984 oleh sepasukan pemburu meteorit AS.

Para saintis yang diketuai NASA kemudian berkata pada tahun 1996 bahawa ia mengandungi fosil mikroskopik bakteria.

Namun, dakwaan NASA itu kemudian diragui oleh para saintis.

Meteorit itu menarik perhatian ramai pihak termasuk Presiden AS pada tahun 1990an, Bill Clinton. – Agensi

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles