fbpx

Jualan tiket bas, penerbangan Malaysia-Singapura dibuka hari ini

21 JAN: Penjualan tiket bas dan penerbangan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin Malaysia-Singapura (VTL) dibuka semula berkuat kuasa serta-merta namun jumlah tiket berkenaan dikurangkan 50 peratus daripada kapasiti kenderaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam kenyataannya berkata, garis masa berhubung peningkatan kuota jualan tiket akan bergantung kepada penilaian risiko.

“Penilaian risiko akan dilakukan dari semasa ke semasa di kedua-dua negara.

“Bagaimanapun bagi penumpang telah pun membeli tiket bagi tarikh perjalanan selepas 20 Januari sebelum pengumuman penggantungan jualan tiket dibuat, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan menggunakan inisiatif ini walaupun akan melebihi kuota yang ditetapkan garis masa,” katanya hari ini.

Beliau berkata, selaras dengan pengumuman itu, pengembara diingatkan mengenai keperluan melaksanakan ujian pantas antigen kendiri (RTK-Ag) pada hari kedua dan keempat serta keenam selepas ketibaan.

“Ujian RTK-Ag profesional turut perlu dilakukan pada hari ketiga dan kelima selepas ketibaan,” katanya.

Khairy berkata, semua pengembara disaran agar bertanggungjawab dan sentiasa mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Lakukan ujian pengesanan COVID-19 mengikut ketetapan yang digariskan bagi mengetahui status risiko diri sendiri dan seterusnya mampu mengurangkan risiko jangkitan kepada individu lain.

“Ia juga bagi memastikan perjalanan rentas sempadan melibatkan skim VTL Malaysia-Singapura ini dapat terus dilaksanakan dengan selamat,” katanya.

VTL darat dan udara dilaksana pada 29 November tahun lalu sebelum penggantungan penjualan tiket dibuat pada 23 Disember susulan Singapura melaporkan satu kes Omicron tempatan dikesan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles