fbpx

Polis nafi kanak-kanak diculik untuk organ

4 JULAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan kononnya wujud kegiatan penculikan kanak-kanak untuk tujuan penjualan organ mereka di negara jiran sepertimana tular di media sosial.

Ketua Komunikasi Korporat Urusetia KPN, PDRM Bukit Aman, Asisten Komisioner A Skandaguru, berkata PDRM juga tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan penculikan dan penjualan organ kanak-kanak seperti didakwa itu.

“Mesej palsu itu meminta masyarakat agar berwaspada berkaitan kejadian penculikan sekumpulan kanak-kanak yang diberi bahan terlarang, sehingga tidak mampu bercakap dan dibawa menaiki lori ayam bagi tujuan pemindahan organ di negara jiran.

“Kononnya, pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke atas lori berkenaan menjumpai enam kanak-kanak di dalam kenderaan itu.

“Tiga daripada kanak-kanak itu pula dikatakan tidak boleh bercakap kerana telah disuntik dengan ubat kimia dan akan dihantar ke negara jiran untuk dibunuh serta organ dalaman mereka dijual,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Skandaguru berkata, semakan polis juga mendapati mesej palsu itu telah tular sejak tahun 2017 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya dengan berita-berita tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya,” katanya.

Beliau berkata, mana-mana individu yang dikesan menyebarkan berita-berita palsu, boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998, atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles