fbpx

Teknologi AXON Novartis Malaysia menangi kategori Teknologi Perubatan– Farmaseutikal

Petaling Jaya,15 Jun 2022 – Syarikat perubatan terkemuka, Novartis Malaysia telah memenangi anugerah dalam kategori Teknologi Perubatan – Farmaseutikal menerusi penciptaan AXON, alat peramal kejadian kardiak di Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2022.

Anugerah anjuran Singapore Business Review ini, yang diadakan buat tahun keempat, mengiktiraf syarikat-syarikat cemerlang yang memberikan sumbangan besar dalam usaha mempelopori inovasi teknologi.

Patrik Grande, Pengurus Besar dan Presiden Negara Novartis Malaysia dan Brunei, berkata: “Kami berbangga untuk menerima pengiktirafan dalam Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2022. AXON adalah sebahagian daripada komitmen kami membayangkan semula dunia perubatan dengan menggunakan sains inovatif dan teknologi digital, lantas menambah baik kesihatan dan melanjutkan jangka hayat rakyat Malaysia.”

Sebagai platform digital sepenuhnya dalam masa sebenar, AXON meramalkan keputusan klinikal bagi pesakit dalam tempoh setahun selepas menjalani prosedur intervensi koronari perkutaneus (PCI) – yang lebih dikenali sebagai prosedur angioplasti belon.

Di Malaysia, penyakit arteri koronari kekal sebagai punca kematian utama dalam kalangan rakyat Malaysia bagi semua jantina dan kumpulan etnik, menimbulkan beban penyakit yang besar. Salah satu prosedur umum untuk merawat sekatan arteri koronari kompleks dengan angina tidak stabil dan serangan jantung ialah angioplasti belon.


Nick Atkinson, Contributing Editor of the Singapore Business Review menyampaikan anugerah kepada  Samantha Onn, Head of CONEXTS, Novartis Global Service Centre Kuala Lumpur.

Menurut Kementerian Kesihatan, kira-kira 11,000 prosedur PCI dijalankan setiap tahun di Malaysia, dan sesungguhnya membebankan ekosistem penjagaan kesihatan negara yang sudah sememangnya menghadapi tekanan.  Kes-kes ini dicatatkan di Institut Jantung Negara (IJN) dan hospital lain di bawah Kementerian Kesihatan, termasuk Hospital Serdang dan Hospital Pulau Pinang. (Kementerian Kesihatan: 11,000 prosedur PCI tahunan, angka pada tahap serius)

AXON boleh meramalkan kemungkinan pesakit mengalami keputusan klinikal yang mengancam nyawa, sekali gus membolehkan pakar-pakar kardiovaskukar memeriksa pesakit berisiko tinggi tepat pada masanya dan mengesyorkan langkah campur tangan yang diperlukan lebih awal, lantas menambah baik kualiti kehidupan dan keputusan survival.

Projek perintis ini ialah platform berpacukan pembelajaran mesin pertama yang dibangunkan di Malaysia yang boleh meramalkan kejadian kardiak bagi pesakit jantung selepas PCI.

AXON ialah hasil kerjasama unik antara pakar-pakar dalaman pasukan CONEXTS di Pusat Perkhidmatan Global Novartis Kuala Lumpur – yang menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian komersial, saintifik, undang-undang, digital dan perundingan di seluruh organisasi. Projek ini ialah hasil kerjasama antara Novartis, pusat kardiovaskular terkemuka Malaysia dan pakar-pakar kardiologi terkenal.

Akhil Kapoor, Ketua Pusat Perkhidmatan Global Novartis di Kuala Lumpur: “Pakar-pakar Novartis CONEXTS bekerjasama dengan para profesional penjagaan kesihatan untuk menghasilkan AXON, yang berpotensi untuk mengubah sama sekali amalan perubatan.”

“AXON memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan dan maklumat daripada analisis data yang mengoptimumkan pengurusan penyakit mengikut individu. Kami percaya metodologi dan model pembelajaran mesin boleh disesuaikan kepada penyakit lain seperti diabetes – yang dialami oleh 18.3% daripada dewasa Malaysia – seterusnya mengurangkan beban ke atas ekosistem penjagaan kesihatan negara ini dengan ketara,” katanya.


Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles