fbpx

Tan Sri Acryl Sani dilantik pengerusi baru Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Kuala Lumpur: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Ahmad Nazlan Idris yang melepaskan jawatan berkenaan pada 20 Disember 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Izwan Zainuddin berkata, ahli lembaga pengarah, pengurusan dan warga kerja PUNB mengucapkan tahniah susulan pelantikan itu dan mengalu-alukan kehadiran Acryl Sani di PUNB.

“Kami yakin dapat bekerjasama rapat dengan Acryl Sani dan memanfaatkan pengalaman luas serta pandangan strategik beliau dalam pembangunan usahawan bumiputera di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai pengerusi PUNB berkuatkuasa 1 September menggantikan Datuk Ahmad Nazlan Idris yang melepaskan jawatan berkenaan pada 20 Disember 2022 – Sumber gambar Harian Metro Online

Ketika ini, Acryl Sani juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Dagang NeXchange Bhd.

Ketika berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, Acryl Sani yang menjadi Ketua Polis Negara ke-13 bermula 4 Mei 2021 hingga 22 Jun 2023 pernah memegang pelbagai jawatan lain antaranya Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (2018-2020), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (2017), Ketua Polis Perak pada 2013 dan Pesuruhjaya Polis Sarawak (2011-2013).

Beliau adalah pemegang Sarjana Sains (Pengurusan) Universiti Utara Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles