fbpx

Modachi guna pendekatan storytelling untuk tujuan pengiklanan

SHAH ALAM – Modachi Sdn. Bhd. (Modachi) syarikat bumiputera yang terlibat dalam pengukuhan jenama syarikat melalui penceritaan (story­telling), mahu mempergiatkan usaha untuk meningkatkan ilmu dalam kalangan syarikat korporat selain ­perusahaan kecil dan seder­hana (PKS) tentang pen­tingnya jenama storytelling dalam kelangsungan syarikat berdepan perubahan arus digital masa kini.

Pengurus Kandungan Strategik syarikat, Siti Mariam Elias berkata, melalui penceritaan yang tepat dengan kandungan yang bernas dan lengkap, ia dapat mempromosikan produk serta perkhidmatan sesebuah syarikat dengan lebih baik kepada umum melalui ilmu terma­suk kajian yang dijalankan oleh pihaknya.

Berbanding promosi dan gimik jualan atau pengiklanan yang dibuat secara spontan serta tiada rujukan dibuat, membuatkan ia tidak berkekalan lantas tidak dapat memenuhi objektif jualan serta promosi syarikat.

Siti Mariam Elias berkata kaedah Storytelling yang betul boleh meningkatkan hasil jualan sesebuah perniagaan (Sumber Gambar Kosmo! Online)

Storytelling yang kami hasilkan memiliki maklumat yang lengkap untuk mencapai misi yang lebih besar selain gimik promosinya juga lebih berdaya saing berbanding pemain lain.

“Kami menggunakan semua platform media sosial terkini untuk menyampaikan jenama storytelling pelanggan agar ia mudah diakses oleh pelanggan di pasaran.

“Dengan serendah RM5,000, kami mampu memenuhi permintaan pelanggan untuk menambah nilai promosi dan pemasaran” katanya dalam satu temubual di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Siti Mariam berkata, platform pemasaran terbaharu seperti tiktok yang popular kini adalah peluang terbaik untuk pengusaha melengkapkannya dengan storytelling yang baik.

Antara produk yang boleh diketengahkan peniaga sekiranya promosi perniagaan dapat dijalankan dengan betul

Sehubungan itu, jelasnya misi promosi syarikat bakal mendapat tempat dalam kalangan pe­langgan sekali gus jualan turut bertambah.

Disarankan juga, agar sesebuah syarikat itu memperuntukkan bajet yang bersesuaian untuk membuat pemasaran melalui storytelling kerana masyarakat pada hari ini lebih suka dan mudah ingat dengan kaedah penjenamaan tesebut.

Tambah beliau, sehingga kini, lebih daripada 50 jenama syarikat telah berjaya ditingkatkan melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh Modachi.

Bersandarkan permintaan yang semakin baik kini, syarikat mengunjurkan perolehan jualannya bertambah kepada RM10 juta tahun depan berbanding RM5 juta yang bakal dicapai pada akhir tahun ini. –(Sumber Kosmo Online!)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles