Yamagami pembunuh Shinzo Abe bekas tentera

TOKYO: Bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe, 67, disahkan meninggal dunia selepas ditembak hari ini, lapor penyiar awam NHK dan agensi berita Jiji.

“Menurut pegawai kanan LDP (Parti Demokratik Liberal), bekas perdana menteri Abe meninggal dunia di sebuah hospital di bandar Kashihara, wilayah Nara, tempat beliau menerima rawatan perubatan,” kata NHK.

Terdahulu, AFP yang memetik NHK berkata, lelaki berusia 40-an ditahan kerana cubaan bunuh dan senjata api digunakan dirampas.

YAMAGAMI diterkam pasukan keselamtan sebaik melepaskan tembakan terakhir terhadap Abe. – Agensi

Bekas pemimpin itu menyampaikan ucapan pada satu acara menjelang pilihan raya apabila bunyi tembakan yang jelas kedengaran, lapor NHK dan agensi berita Kyodo.

“Ketika dia sedang berucap, seorang lelaki datang dari belakang,” kata seorang wanita yang ditemukan di lokasi kejadian.

“Tembakan pertama berbunyi seakan-akan pistol mainan, namun Abe tidak jatuh sebelum terdengar tembakan yang lebih kuat.

“Tembakan kedua lebih jelas, anda boleh melihat percikan api dan asap,” katanya.

Kejadian itu menyebabkan Abe rebah dengan lehernya berdarah, kata sumber dari Parti Liberal Demokratik (LDP) kepada agensi berita Jiji.

LDP dan polis tempatan tidak dapat mengesahkan kejadian itu dalam tempoh singkat.

Kerajaan berkata, pasukan petugas sudah ditubuhkan susulan insiden itu dan jurucakap tertinggi kerajaan dijangka memberi kenyataan tidak lama lagi.

Abe, Perdana Menteri Jepun paling lama berkhidmat dengan memegang jawatan itu bermula 2006 sebelum sekali lagi dipilih pada dari 2012 hingga 2020.

Dia bagaimanapun terpaksa berundur kerana mengalami masalah kesihatan berkaitan usus.

Sementara itu, portal The Guardian melaporkan suspek sebagai Tetsuya Yamagami yang dipercayai bekas anggota pasukan pertahanan diri maritim.

Yamagami dilaporkan meninggalkan pasukan itu pada 2005.

Lelaki berusia 41 tahun itu melepaskan tiga das tembakan ke arah Abe di mana dua daripadanya mengenai leher mendiang dan menyebabkan pendarahan serius.

Pada sidang media di Hospital Universiti Perubatan Nara, pihak berkuasa mendedahkan Abe tiba di fasiliti itu tanpa denyutan nadi namun berjaya diresusitasi oleh pasukan perubatan.

Bagaimanapun, kecederaan Abe terlalu parah dan beliau disahkan meninggal dunia pada pukul 5.30 petang (waktu tempatan).

Sementara itu, polis mengesahkan Yamagami mengaku menembak bekas perdana menteri itu dengan senjata buatan sendiri.

Suspek memberitahu polis bahawa dia berdendam dengan sebuah organisasi tertentu dan percaya Abe adalah sebahagian daripada pertubuhan tersebut.

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan nama pertubuhan itu.

Polis mendakwa telah merampas beberapa senjata buatan sendiri yang serupa dengan yang digunakan dalam serangan itu daripada pencarian di rumah suspek.

Polis juga tidak mendedahkan sama ada sebarang peluru ditemui di tempat kejadian.

Polis berkata mereka percaya suspek pergi ke acara itu dengan menaiki kereta api.

Mereka juga berkata siasatan yang merangkumi 90 anggota akan merangkumi tahap keselamatan pada acara itu. – Agensi

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles