Tidak perlu rumitkan peniaga yang sedia terjejas dengan undang-undang rokok baharu

KUALA LUMPUR – Kerajaan harus memberi foKus kepada usaha membanteras rokok haram dan bukannya memperkenalkan dasar tembakau baharu seperti melarang penjualan rokok dan produk vape untuk generasi akan datang, pembungkusan standard dan larangan mempamer rokok yang hanya akan mempercepatkan pertumbuhan rokok seludup, kata Persatuan Hotel, Restoran dan Kafe Kuantan, hari ini.

Komen Persatuan ini dibuat berikutan laporan berita baru-baru ini mengenai cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya produk rokok tidak dipamerkan di premis jualan, pelaksanaan pembungkusan standard pada produk rokok dan larangan penjualan rokok dan vape untuk individu yang dilahirkan selepas 2005.

Presiden Persatuan Hotel, Restoran dan Kafe Kuantan, Hung Pang Jum berkata, “Walaupun Kementerian mempunyai niat murni untuk mengurangkan bilangan orang yang merokok atau menggunakan produk vape, tumpuan yang diberikan adalah salah. Kerajaan perlu menangani rokok haram kerana terdapat ramai orang yang menghisap produk seludup.”

“Jika Kerajaan boleh menghentikan penyeludupan rokok dengan memutuskan bekalan produk ini, ia benar-benar dapat membantu mengurangkan bilangan orang yang menghisap produk seludup.

“Selain itu, tidak ada pertimbangan yang dibuat mengenai kesan negatif kepada ekonomi negara dan perniagaan yang sah seperti kami.

“Cadangan ini sudah pasti akan menyebabkan pasaran rokok seludup terus berkembang. Perokok tidak akan berhenti merokok kerana polisi ini. Sebaliknya, mereka akan terus menghisap produk seludup dan sumber pendapatan kami daripada produk yang sah akan terus menyusut,” tambahnya.

Hung Pang Jum juga menegaskan bahawa kos pematuhan larangan mempamer rokok akan jatuh ke atas pemilik perniagaan.

“Perniagaan kami telah mengalami kerugian besar sejak dua tahun lalu. Daripada Covid 19 kepada kekurangan tenaga kerja yang kronik dan peningkatan kos bahan ekoran krisis pendapatan akibat inflasi. Perniagaan kami mempunyai banyak isu untuk ditangani dan kami tidak mampu mengeluarkan kos untuk mematuhi cadangan baharu itu.

Hung Pang Jum juga bimbang tentang kerumitan untuk menguatkuasakan larangan ini. “Kami dapat meramalkan tindak balas daripada pelanggan jika kami meminta semakan kad pengenalan dan data peribadi.  Ia umpama satu lagi mimpi ngeri seperti MySejahtera. Bukan semua individu bersedia untuk berkongsi data peribadi mereka.

“Polisi ini tidak akan berkesan dan tidak akan mampu menghalang pelanggan daripada merokok. Sebaliknya, ia bakal mewujudkan lebih banyak kerumitan untuk perniagaan,” katanya.

Persatuan Hotel, Restoran dan Kafe Kuantan mencadangkan kerajaan harus mengadakan lebih banyak rundingan dengan pelbagai pihak mengenai cadangan yang lebih realistik bagi membantu mengurangkan bilangan perokok di Malaysia terutamanya termasuk membanteras pasaran rokok seludup.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles