fbpx

Suspek tembak bekas PM Jepun Abe diberkas

TOKYO: Polis menangkap seorang suspek, Tetsuya Yamagami yang didakwa melepaskan tembakan terhadap bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Memetik laporan NHK, Abe, 67, kelihatan berlumuran darah lalu rebah tidak sedarkan diri selepas bunyi tembakan kedengaran di bandar Nara berhampiran Kyoto seperti menurut wartawan di tempat kejadian.

Dalam kejadian hari ini, Abe sedang menyampaikan ucapannya dalam satu majlis sebelum ditembak ditembak sama ada di bahagian dada atau leher.

Lelaki yang ditahan polis itu dilaporkan adalah seorang penduduk bandar Nara. Beberapa imej menerusi media sosial menunjukkan seorang lelaki diberkas selepas melepaskan tembakan berdekatan Stesen Yamatosaidaiji.

Ketua Setiausaha Kabinet memaklumkan pihak polis ada merampas selaras senjata.

Menurut suspek terbabit yang berusia 41 tahun, dia memberitahu polis bahawa dia tidak gembira dengan Abe dan ada niat membunuh bekas perdana menteri itu, lapor NHK.

Memetik beberapa laporan media, Yamagami adalah bekas anggota Pasukan Pertahanan Diri Maritim yang juga dikenali sebagai Tentera Laut Jepun.

Dia meninggalkan kerjaya itu pada 2005. Senjata yang digunakan untuk menembak Abe dalam kejadian hari ini adalah senapang patah buat sendiri. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles