fbpx

McDonald’s Rusia berhenti jual French fries

MOSCOW – Bekas rangkaian restoran makanan segera yang  McDonald’s di Rusia berhadapan kekurangan bekalan kentang goreng berikutan hasil tuaian rendah dan diburukkan lagi dengan sekatan antarabangsa berhubung peperangan di Ukraine, lapor sebuah akhbar di sini hari ini.

McDonald’s pada Mei sebelum ini mengumumkan ia menarik keluar pelaburannya dari Rusia berikutan serangan ketenteraan Moscow terhadap Ukraine.

Susulan keputusan McDonald’s itu, seorang ahli perniagaan Rusia membeli operasi 850 rangkaian restoran tersebut sebelum menjenamakannya semula sebagai  “Vkusno i Tochka” (”Lazat. Noktah”).

McDonald’s  memasuki pasaran Rusia pada 1990 berikutan runtuhnya Kesatuan Soviet. Vkusno i Tochka menggunakan nama dan logo baharu mulai Jun susulan pengambilalihan kesemua operasi McDonald’s di Rusia tersebut.

SEBUAH restoran McDonald’s di Rusia. – Gambar hiasan

Namun Vkusno i Torcha kurang bernasib baik kerana kurang sebulan beroperasi ia sudah berhadapan kekurangan kentang goreng yang dianggap bahan paling asas dan popular.

“Sejumlah restoran Vkusno i Tochka yang baru memulakan operasi, tidak akan menghidangkan kentang goreng,” lapor akhbar RBC  yang memetik satu kenyataan akhbar.

Kekurangan bekalan kentang goreng itu dipercayai berikutan hasil tuaian yang rendah pada musim 2021 manakala usaha syarikat untuk mengimport terhalang oleh sekatan blok pro-Amerika Syarikat dan Eropah.

Operator baharu itu berhadap bekalan kentang goreng akan kembali dijual seawal Ogos susulan musim tuaian ketang pada tahun ini.

Pengeluar kentang goreng terbesar dunia, McCain pada Mac mengumumkan, syarikat dari negara Uncle Sam itu  membatalkan hasrat membina kilang memproses kentang goreng di Rusia dan dalam masa sama menggantung kesemua produknya daripada memasuki pasaran Rusia. – Agensi

faizal
Faizal Zakaria pernah berkhidmat dengan akhbar Kosmo! selama 14 tahun sebelum membawa haluan sendiri melalui Skim Pemisahan Sukarela (VSS) pada 2018. Jawatan terakhir beliau ketika itu ialah Editor Prosesan. Sepanjang berkhidmat dengan akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu, Faizal pernah ditugaskan di Meja Laporan Khas, Meja Ekonomi, Meja Luar Negara, Meja Rencana Ahad dan terakhir, Editor Prosesan. Selain pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan, Hadiah Kajai pada 2004, Faizal dari semasa ke semasa menyampaikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan luar negara, serta menjadi jurulatih korporat dalam bidang penulisan media.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles