fbpx

WHO dedahkan hampir semua pesakit cacar monyet adalah lelaki

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa hampir semua pesakit cacar monyet adalah lelaki dengan umur median mereka 37 tahun.

Data itu dikeluarkan menerusi laporan pertama mengenai penularan cacar monyet kelmarin, lapor laman berita Wion News.

Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tersebut, tiga perlima daripada mereka yang dijangkiti virus cacar monyet dikenal pasti sebagai lelaki yang melakukan hubungan sejenis.

Lonjakan jangkitan cacar monyet di luar negara-negara Afrika Barat dan Afrika Tengah di mana virus itu adalah endemik, dilaporkan sejak awal Mei lalu.

Dari 1 Januari hingga 4 Julai lalu pula, sejumlah 6,027 kes cacar monyet dari 59 negara dan tiga kematian telah dilaporkan kepada WHO.

Sejak 27 Jun lepas, jumlah kes cacar monyet melonjak sebanyak 77 peratus. Sepanjang tempoh tersebut, dua kematian baharu telah direkodkan. Kedua-duanya berlaku di Republik Afrika Tengah.

Dalam laporannya, WHO memberitahu, statistik jangkitan cacar monyet berdasarkan jantina yang tersedia adalah melibatkan 4,406 kes di mana 99.5 peratus ialah lelaki. 

Lelaki berumur 18 hingga 44 tahun didapati menyumbang 79 peratus kes cacar monyet.

Terdapat cuma enam kes yang diketahui dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun, manakala 25 kes lagi dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan. – Agensi

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles