fbpx

Teman lelaki pelawak wanita turut didakwa

PETALING JAYA: Teman lelaki kepada wanita yang didakwa menanggalkan baju dan tudungnya di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur baru-baru ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

V Alexander Navin, 38, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Bagi pertuduhan pertama, Alexander didakwa pada 5 Jun lalu memuat naik hantaran menyakitkan hati di akaun Twitter ‘greenleafyconnoiseur’ dan di pautan Instagram dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Perdana View Condominium, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya di aplikasi YouTube pada 16 Jun lalu di tempat yang sama dan melakukan kesalahan mengikut seksyen yang sama.

Mahkamah menetapkan 1 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles