fbpx

Angkara teman wanita, dua lelaki dipukul sekumpulan remaja

BATU PAHAT – Dua lelaki dipukul sekumpulan remaja gara-gara salah faham membabitkan teman wanita di hadapan sebuah restoran di Jalan Kuning, Taman Bukit Pasir di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian tersebut dikesan menerusi sebuah video yang tular di media sosial.

“Susulan kejadian tersebut, dua orang mangsa berusia 22 tahun telah membuat laporan polis.

“Punca kejadian dipercayai kerana berlaku salah faham antara mangsa dan suspek membabitkan teman wanita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, pihaknya kemudian berjaya menangkap tiga remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun bagi membantu siasatan.

Katanya, semua suspek telah dibawa ke hadapan majistret dan tahanan reman dibenarkan selama empat hari sehingga Khamis.

“Polis kini giat mengesan saki-baki suspek yang terlibat. Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles