fbpx

Lima maut nahas dua kenderaan di Lebuhraya Timur Barat

GERIK – Lima maut dalam kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan sebuah pacuan empat roda berhampiran Banjaran Titiwangsa, Lebuhraya Timur Barat, Jeli-Gerik, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata dalam nahas jam 3.45 petang itu turut maut seorang kanak-kanak manakala dua lagi mangsa cedera.

“Nahas membabitkan sebuah kereta PERODUA Alza dengan Toyota Hilux.

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian melakukan kerja menyelamat mangsa menggunakan peralatan khas dengan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jeli, Kelantan untuk rawatan lanjut.

“Mangsa yang maut berusia antara lima hingga 59 tahun pula diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian dan berkata lima mangsa maut terbabit menaiki PERODUA Alza dan semuanya meninggal dunia di tempat kejadian.

“Saya sahkan kemalangan itu berlaku, namum jumlah dan identiti mangsa yang terlibat sedang dikenal pasti,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles