fbpx

Ubur-ubur berbisa ‘serang’ Israel

HAIFA – Ubur-ubur berbisa ‘menyerang’ bandar Haifa yang terletak berhampiran laut di utara Israel baru-baru ini.

Kehadiran besar-besaran haiwan tersebut menyebabkan permukaan laut kelihatan seperti titik-titik putih.

Pihak Berkuasa Alam Semula Jadi dan Taman Israel yang berkongsi rakaman foto dan dron menunjukkan laut kelihatan dibanjiri makhluk itu pada 20 Julai lalu.

Ubur-ubur bukanlah sesuatu yang luar biasa di kawasan itu terutamanya pada musim panas tetapi kali ini bilangan mencapai tahap yang melampau.

Guy Lavian iaitu seorang renjer marin dengan Pihak Berkuasa Alam dan Taman Israel berkata kepada Reuters bahawa pemanasan global sebagai punca kepada kehadiran ubur-ubur berkenaan.

Sengat ubur-ubur membahayakan manusia menyebabkan pihak berkuasa itu meminta orang ramai menjauhi kawasan pantai.

Ia boleh merosakkan alam sekitar kerana haiwan tersebut bersaing dengan hidupan marin lain untuk mendapatkan makanan. – Agensi

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles